Wednesday, October 29, 2008

Jamuan Hari Raya SK Temau






Jamuan Hari Raya SK Temau pada 11 Oktober 2008





Tuesday, October 21, 2008

Wednesday, July 16, 2008

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Temau





SEJARAH SEKOLAH

1.1 Sekolah Kebangsaan Temau ditubuhkan pada awal tahun 1937. Pada mulanya sekolah ini didirikan untuk menampung murid-murid yang datang daripada kampung persekitaran seperti Kampung Kuala Dong, Kampung Ajai, Kampung Kuala Gali dan Kampung Ulu Temau.

1.2 Selepas kemerdekaan Tanah Meleyu pada tahun 1957,
beberapa sekolah telah didirikan seperti di Kuala Dong, menyebabkan Sekolah Kebangsaan Temau sekolah ini hanya tertumpu kepada murid-murid persekitaran sahaja.

1.3 Peringkat awalnya sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya. Murid-muridnya pula terdiri daripada orang-orang Melayu yang boleh dikatakan penduduk yang mundur. Semasa pemerintahan Jepun sekolah ini diambil alih Jepun walau bagaimanapun Bahasa Melayu masih menjadi bahasa utama disamping Bahasa Jepun sebagai sukatan pelajaran. Selepas perang, sekolah ini sekali lagi kembali kepada pemerintahan Inggeris dan menjalankan sistem pendidikan Inggeris.

1.4 Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan , sistem pendidikan diperkemaskan. Sekolah ini telah mendapat pelbagai kemudahan dan peruntukkan. Sehingga hari ini sekolah ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari segi pertambahan bangunan dan kelengkapan.

1.5 Pada tahun 1989, sekolah ini mempunyai lima bangunan utama yang menempatkan:
· Empat buah bilik darjah
· Sebuah bilik pentadbiran dan bilik guru
· Sebuah bilik pusat sumber
· Sebuah bilik stor
· Sebuah rumah guru
· Lapan unit tandas murid
· Dua unit tandas guru


Di samping itu terdapat juga:
· Sebuah kantin
· Sebuah kawasan perhimpunan

1.6 Kadar pertambahan murid sekolah ini semakin berkurangan di mana jumlah penurunan murid mula dirasai sejak tahun1990 lagi. Pada tahun 1990 bilangan murid melebihi 70 orang manakala pada tahun 1999 hanya 54 orang murid yang berdaftar sehingga sekarang 2008.

1.7 Pada tahun 1992, kelas pra sekolah telah diadakan. Kelas pra sekolah berhampiran dengan pejabat pentadbiran dalam satu blok bangunan yang sama.

1.8 Pada tahun 1998, satu blok bangunan tambahan telah siap dibina bagi membolehkan sekolah ini mengadakan kelas pembelajaran dengan lebih selesa. Blok ini mengandungi dua buah bilik darjah dan juga boleh digunakan sebagai dewan sekolah semasa upacara rasmi dijalankan. Pada tahun ini juga, bangunan stor sukan telah dirobohkan kerana keadaan bangunan itu boleh membahayakan keselamatan murid sekolah.
1.9 Pada tahun 2003, sekolah ini telah mendapat satu lagi kemudahan iaitu makmal komputer. Sebuah kelas telah diubahsuai dan dijadikan makmal komputer.

1.10 Dari segi akademik, pencapaian murid-murid dalam peperiksaan awam adalah menggalakkan. Antara tahun 2000 hingga 2007, peratus keseluruhan Peperiksaan UPSR adalah seperti berikut:

Tahun Peratus
2000 57.4%
2001 55.6%
2002 80%
2003 90.9%
2004 83.3%
2005 100%
2006 100%
2007 100%


1.11 Sekolah Kebangsaan Temau merupakan Sekolah Kurang Murid Luar Bandar (SKM) tetapi bolehlah dikatakan sebagai sebuah sekolah yang telah mencapai matlamatnya dalam memberikan pendidikan yang berkesan kepada murid-muridnya. Ramai lepasan sekolah ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan ke peringkat yang lebih tinggi. Adalah diharapkan bahawa kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dari masa ke semasa oleh sekolah ini, baik dalam apa bidang sekalipun guru-guru mahupun murid-murid, untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh lagi demi kecemerlangan mutu pelajaran di sekolah ini.